Powered by Blogger.

Recent Comments

RSS

Good Bye 2009 Hello 2010

Salam.

Arini 31/12/09 ari terlast 2009... esok ari1st 2010...  satja kann... anak pun dah besaq.. aku pun makin besaq tambah umur (huhuhu).... x byk kenangan dlm tahun 2009 ni.. xdak pa yg menarik sgt.. rasa mcm tahun2 lps ja. p keja semiggu 5 ari, pastu amik cuti, p keja balik keja yg tu ja rutin harian.. tgk perkembangan ahmad zuhairie,, dr br keluar perut (ceaser) , meniarap, pastu merangkak , pastu sampai nak abis tahun 2009 xleh berjalan lagi (nanti berlari terus hikhik) ahmad zuhairie plak ada menang contest gambar bayi comel.. dpt tempat 2nd n bwk balik hamper n frame gambar besaq... kalu pasal vacation ,ada kot vacation paling jauh pun langkawi n lumut.. bwk mak,kak,abg ipaq,anak sedara sekali p,, next vacation tatau lagi.. dlm perancangan tu adala,, tp xkompom lagik. xnak bgtau kat mana.. huhuhu kot2 x jadi.. tp xdak la felai2 jauh2..sbb dlm mesia pun x pusing abih lagi bukan apa ikut seruan kempen 'cuti-cuti malaysia'... kenangan yg len biasa2 ja,, k lah x nk celoteh dah,, tp kalu sempat mlm ni teringin nak tgk gerhana bulan... @ gerhana bulan yg tgk aku... zzzzzz

Good bye 2009 ... hello 2010

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~LOVE FINDING TAG~

Salam..


Ku baru menengoknye... aku kena tag ( sowie wirda x perasan lame x bukak blog nih).. Love Finding Tag nak korek rahsia la tu..oleh Siti Wirda Abdul Rashid - x-classmate masa kat barakbah... (masa mude2 dulu kala)
apa ku nak crita ye.. malu2 kucing pun ada.. hikhik

1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?

- First time jumpa dekat sekolah barakbah tahun 1995 bercintun 1998 , (cinta monyet lakata... org p sekolah belajar bukannya bercinta) tp wirda xtau pasal ni,, sbb rahsia ahaks!!


2) Love at first sight?
- oh tidak! ni kes rekemen kawan baik dia ni, kwn x dpt dia yg dpt..

3) Who is he when the first time you met him?
- firsttime jumpk dia mcm budak2 sekolah len.. nak kata hensem sgt tu xdaklah.. tp manis ada kut.. heheh


4)How long it takes for him to ask you out for a date?
- ish rasanya lps sekolah br kluaq dating kot.. huhuhu x hingat

5) First place dating?
-Dating.. hmm.. dating.. xpasti dating katmane,,, ( sebenaqnya terlupa huhuhu)

6) How he proposed?

- Biasa2 je,, dia tepon seniri ckp dgn mak,, pastu dia pass dekat mak die plak, ckp nak mai masuk minang.. that's all... ahaks.. (ada lagi tp xnak crita la ..maluss)

7) Special date with your hubby?
24.07.82 - besday ku
13.07.81 - besday hubby
09.01.09 - besday zuhairie
28.02.01 - declare cintun
19.08.06 - akad nikah
09.12.06 - kenuri kawin

8) Changes that he asked you to do?
-suh aku berjimat cermat... (sbb kalu shoping selalu lupa diri)
-kecikkan diri (ahaks kerana ku semakin membesar sebagai johan)


9) What is about him that you love so much?
-Ape ye,,,, dia x brape hensem tp manis ada..dia sorang yg pemalu gak la,, tp kalu jumpak geng dia x malu plak.. dia pandai pujuk ku bila merajuk chewahh!! Dah pandai jaga anak,, penyayang,, kdg2 suka buat surprise jgk,, ku benar2 cinta padanya..


10) What is about him that you wish he would change?
-suka sepah2 brg, so kena jd seorg yg rajin berkemas..


11) You will lose your mind and crack your head when he..
-p keja @ p mana2.. dan bila kita call xdpt2, sampai berkali2.. sampai hp dia teroff,,,(padahal battery weak) bukan apa risau takut jadi apa2 kat dia… tu syg tandanya,,,


12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
-mcm org len jgk.. bg hadiah, tlg jaga anak bila ku nk wat keja rumah.. yang len xmo crita… maluss

13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
- huhuhu,, nak jwb camna nih… mcm.. lautan api sanggup kurenangi,,, demi cintaku padamu... ( nak termuntah bila berfalsampah) semoga kami berbahagia selamanya..... amin




tamat sudah sesi korek2 rahsia…



kusudahi dgn meng TAG kan ila, wati n farah .. ila dah boleh crita dah,, sbb dah jd puan..

wassalam...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuti-Cuti Langkawi..

salam ... sekejap ja dah masuk bulan disember,, dah hampir mencecah umur 1 tahun anak mama ni ... tp x boleh berjalan lagi.. baru-baru ni ahmad zuhairie n family pi bercuti!! horrey.. bercuti di langkawi .. bukan x penah p, cuma bwk tok cah (mak saye) jalan2 kali ni, dia x penah p langkawi lagi.. actually plan dah lama.. sebelum pregnant lagi,, dok tagguh2, tup pregnant terus cansel ja,, pastu beranak plak , nak jalan2 pun sian dekat baby kecik lagi... at last p jgk.. bukan main sonok lagi tok cah ni.. exited sampai terlupa yg dia sakit lutut, muka letih tu ada gak la,, heheh.... x byk gambar p sana, tp boleh la drpada xdak langsg,,, ok layanzz...

p/s : sori ye gambaq kurang cantek..


::: Simbolik Langkawi:::


::: Jambatan apa namatah dekat dgn apartment yg km menginap::

::: Mama, ayah & Zuhairie serta tok


::: marina bay:::


::: Cable Car - Ramai Sgt.. x sempat nak naik :::



::: Akak ku n family yg join sekali:::



 ::: inilah rupa tempat singgah kami kat sana :::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Demam Vs ...?

salam..

lama sgt rasa mama ahmad zuhairie x entry blog.. sbb mama n ahmad zuhairie x sihat... ayah pun ada sikit2 xsihat...huhuhu.. shruk shrek selsema plak.. batuk pun ada.. mcm suspek Influenza H1N1 plak.. oh tidak!!! ya Allah,jauhkanlah keluarga ku dr penyakit itu...
sian ahmad zuhairie since kemarin dia cirit-birit.. tp tgh sakit pun masih aktif lagi, terhenjut2 terlompat2 mcm biasa, ada yg kata si ahmad zuhairie ni baru masuk peringkat nak tumbuh gigi sbb tu dia mengalami cirit birit, tp tgk gigi dah byk dah,, takut nant cepat rosak plak, sbb dia xmau giginya digosok,, tutup mulut rapat serapatnya,, ada perkataan baru yg kuaq dr mulut dia '' enggak enggak enggak" apa maksud pun xtau, nak kata dok tgk crita indon pun x minat nak tgk .. mai mana enggak2 pun xtau... hihihi lawak pun ada dgq dia bunyi mcm tu....
sebelum sakit tu ada jgk bwk bwk famili p berkelah kat teluk kumbaq.. masa tu mama yg kena dulu demam,sakit kepala suma ada.. p berkelah x sonok lgsg, asyik dok tidor ja dlm khemah, pastu esok pagi tu ahmad zuhairie plak yg demam pukul 4 a.m lebih kurang.. terus ayah x p kerja, pastu petang mama dia plak x p keja,, ganti jaga si kecik tula, sian plak tok sebab dia dok merengek ,,, dok pagi esok plak, mama plak kena demam panas p hospital pkl 5 a.m... huhuhu.. dahla fobia p hospital.. pastu dok umah 2 hari.. pastu lani sikecik tu plak cirit birit.. huhu,,, sakit je x abih2.. lama x sakit jadi cam nila.. mcmna nak p jalan2 jauh2 ni suma pakat sakit ni... tp dulu sebelum dpt tau pregnant kat ahmad zuhairie cam ni gak jd,, tp x seteruk kalini... errkk??? bersedia kah aku.. huhuhu... tp dah check xdak pa pun.. dah la si ahmad zuhairie ni dah pandai bukak stokin dgn mulut.. bila dah terbukak stokin tggl la jari plak yg di tokaknya... huhuhu kata2 org tua ,ahmad zuhairie nak adik.. erk betol ker??

:::( nasihat : ini pendapat org tua2 sj.. dgq bole , pecaya pun kdg2 betoi uwwwaa...):::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Award??

Eh eh dpt award plak,, mcmn leh dpt award ni.. aku rasa x penah join contest yg bole dpt award pun, hehehe.. award ni diberi oleh cik ayu .. (akan dtg puan ayu) time kasih ye cik ayu.. ( br first time dpt nih) aku pun xtau kriteria apa yg dipilih n diberi award ni. Layak kah blog aku dpt award ni?? Erkkk...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Syawal Dah abis...

Kejap ja rasa,, rupanya arini dah abis syawal dah… dah masuk 1 zulkaedah.. 9hb oktober aritu,, genapla 9 bulan si ahmad zuhairie… ho ye!! ho ye!! dah besar anak mama... Zuhairie pun skarang dah pandai berdiri lepas tgn,, dok berusaha.. berjalan sambil pegang apa yg dia sempat pegang,, nak jalan dah kot, jatuh ,bangun ,kepala benjol dah jadi perkara biasa bg si ahmad zuhairie..(anak mama ni kuat la).. gigi pun dah ada 6 batang,, (lagi syok dok mengigit) .. nasi moi @ bubur halus x brapa mau mkn dah,, suka mkn nasik yg rasa biji2,, kalu bagi roti jari ( yg rasa mcm biskut marie tu tp bentuk jari) dia ngap.. ngap.. krup.. krap.. sat ja habis,,, bila ada byak gigi lagi kuat mengomel @bunyik dimulut..bababababa... mamamamamama...bbrambrammbram...dah pandai selak2 sendiri buku-buku dia... belek2 senyumsorang2, heheh....


tahun nie x byk join open hause, tahun lps lagik la ( masa dok pregnant kat ahmad zuhairie..) tp baru2 ni sempat gak p open house kat umah pengarah tempat aku keja.. kat penang.. heheh tahun ni kena bwk si kecik tula,, dgn hubby ku yg pemalu.. (malu2 sentai gak char kui tiaw 2 penggan).. ahmad zuhairie siap dpt duit raya lg tuan pengarah kasi (tgk Gambar) ..ada mcm2 la makanan ada sate, nasik bukhari, char kui tiaw panas2, mee rebus, pasembor, ABC, kambing GOLEK hmmm sedapppp walaupun aku xbrapa suka mkn daging kambing( sebab yg penah ku mkn kehamisannya ku xtertahan), tah apa lagi aku x hingat daaa.. byk sgt. X termakan suma.... mula2 tu igt kalu p sana ssh la nak menikmati makanan yg ada sbb bwk ahmad zuhairie,,lani dia x mau duduk diam2 atas mama dia,, kalu bole dia nak turun nak wat mcm kat umah ,, nasibbaik ada org tolong pegang si kecik tu,, leh la mama n ayah dia mkn banyak2..hahaha.....

::: nyum..nyum:::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Congratulations!!

Ahmad Zuhairie....ElFred..... as Johnson's Baby Of The Year... Congratulations!!


:::Ahmad Zuhairie cuba lagi tahun depan:::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

50 Tip Bayi Cemerlang



::Sumber Dari Google ::

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA.
Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama. .. jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya) . 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.


1-BERTENTANG MATA>>.Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA>>Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN>>Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..


4-JELIRKAN LIDAH>>Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG>>Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, ‘bacalah’ buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA>>Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN>>Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN>>Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. “Tengok anak kucing tu.” atau “Besarkan pokok ni!” atau “Dengar tak bunyi bomba tu?” – untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA>>Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri (”mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin….”) . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles… Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA>>Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

11-SENTUH DAN RASA>>Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH>>Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI>>Jika anda berkata, “Mak nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN>>Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.


15-SEDIAKAN BANYAK TISU>>Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU>>;Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK>>Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT>>Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda – tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.


19-MAIN DENGAN WARNA>>Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA>> Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza – termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

21-ANGKATKAN SAHAJA>>Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL>>Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA>>Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN>>Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bagaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA>>Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK>> Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA>>Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me’label’ barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG>>Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.


29-BAYANGAN WAJAH>>Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi “yang lagi satu” senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS>>Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira – dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN>>Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN>>Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA>>Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA>>Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak (”adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?”) sehinggalah ke soalan konkrit (”Pernah tak adik nampak kucing putih?”)

35-TUTUP TV>>Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN>>Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA>>Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar – dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA>>Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN>>Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

40-MENANGKAP SERANGGA>>Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU- SENDA>>Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan “Ini Ibu.” Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan ‘gurauan’ anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN>>Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU>>Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA>>Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA>>Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN>>Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.


47-CONTOHI CARA SESAME STREET>>Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG>>Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN “TIRU-MENIRU”>>
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.


50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN>>Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

Mulakan yang mana sesuai dan boleh. Semoga ia memberi manafaat kepada anak-anak anda.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Baby Of The Year 2009..

Baby Johnson's (BJ) baru2 ni ada wat contest Baby of the year 2009, BJ tiap2 tahun wat, hadiah nye memang lumayan 1st prize RM15k,, 2nd prize RM8k,, 3rd prize RM 5k , paling koman pun RM 1k x7 consolation prize dan RM200 x 10 utk semifinalist...makbapak mana yg xnak kalu menang,,.. hehehe.. tp ahmad zuhairie x tercalon pun.. mgkin xsempat sampei kot,, sbb terlewat sgt anto penyertaan, submit guna online pun streaymix cam makngot n lembab,,,.. xpe ahmad zuhairie nant kita masuk contest BJ tahun depan pulak...


ni dia result Top 20 Semi Finalist... ( result Grand final nanti ye)



::: All Baby Is Cute:::

***agak2 menang kat baby yang mane ye?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Gi Jalan-Jalan nek ketapi..


Salam Lebaran,,,

raya ke 5 aritu sempat gi p jalan-jalan kat zoo taiping bwk si kecik tu.. alahai punyala best ( mama & ayah dia yg teruja ) sbb dpt nek ketapi .. hohoho x penah nek ketapi... nak jalan-jalan kat dlm tuh penat gak la.. kat dlm zoo tu kan luas jugak kalu pusing pun x abis punya.... nek ketapi pun pusing punya pusing punya pusing rupanya sejauh 2.5km jgk tau,, huhuhu igt dekat.. kalu jalan kaki ni leh kematu tapak kaki ni,,, dah la panas... org punyala ramai...tp okla.. tiket masuk pun mahai leh tahan...Adult RM12 sorang kalu child RM 8 sorang... kalu night safari up lagi 4 hinggit... apa2pun penat best la kata...

::: muka Ahmad Zuhairie yang keletihan:::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Raya Lagi...

Raya Lagi....



:::Ahmad Zuhairie di hari raya ke-2:::


:::yang ni plak gambar di hari raya ke-3:::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Hari Raya Pertama

Hari Raya Pertama

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.. ergk...ergk...  kenyang dek kerana mkn xberenti dr pagi smpaila kemlm di hari raya pertama... sampai nak tido pun dok rasa mengah lagi... tp ahmad zuhairie still maintain ja... di hari raya pertama pegi beraya di umah tok cah n tok roziah dpt angpau bykkk.... syok..ni sy letak gambar2 ahmad zuhairie dgn posing ntah pape di hari raya pertama ....


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Burung Kakak Tua....

Burung Kakak Tua... hinggap di jendela... nenek sudah tua.. giginya tinggal dua....


Hahaha.. gigi ahmad zuhairie nenek yg tggai 2.. bukan ahmad zuhairie... ahmad zuhairie skrg dah ada 4 btg gigi tau... 2 btg kat atas dan 2 btg lagi kat bwh... xpercaye tgk gambar kat sebelah ni... --------->>>>>>
kalu suap nasi tu kena hati2 la.. skrg dah pandai tokak tgn org, segala benda yg ada depan mata dia mesti dia nak tokak jgk...

** 'Tokak' Maksudnye menggigit sesuatu  (tah aku pun xtau ikut org sebut ja)

hmm.. esok dah raya.. yeyeye tahun ini dpt beraya dgn ahmad zuhairie.. arini last utk post entry sebelum raya...rasa lenmcm sikit la raya tahun ni,, yelah dulu berdua je,, skrg dah bertiga, risau jgk nk bwk sikecik ni jalan2 jauh,, almaklumlah Gejala H1N1 ni x abis2 lagi.. kena waspada jugak , kedengaran jgk H1N1 ni nak jadi peringkat yang lebih xtreme, lebih mantop dan  melebihkan kesengsaraan org.. dah la 2mggu lps ada wife sorang staff kat opis meninggal disahkan kena H1N1... eee.. H1N1 semakin dekat.. semakin hampir ni...

"Ya Allah,, Ya Tuhan ku,, Jauhilah Seluruh Keluarga Ku Daripada Penyakit H1N1.. Amin.."


......sELAMAT hARI rAYA aIDILFITRI mAAF zAHIR dAN bATIN......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Balik Kampung...

Balik Kampung?? hmm...nak balik kampung mana ye?Johor, pahang,perak... sy mmg duk kat kampung dah, x balik mana dah, ayahnyer pun dekat bangat kampung sebelah jer.. heheh.. .. tp kengkwn len mesti ada gak yg balik kg untuk beraye..apapun sy nak nasihatkan supaya berhati-hati memandu dijalan raya, tidur cukup sebelum perjalanan, kalu mengantuk berhenti dulu rehat, yelah, xmau la dgq lagi cerita2 xciden sana sini,, ngeri tau.. ha td dengar kat radio lagu ni, sy tuju khas utk sesapa yg balik kampung....

Lirik Balik Kampung - Sudirman

Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata

Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira

Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang

Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti

(ulang semula *** kalu nak ulang2 sampai rumah pun xpa)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Sempena dibulan yang mulia ini sy sekeluarga (Ahmad Zuhairie sekeluarga)mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri Maaf zahir dan Batin kepada semua kawan-kawan, x tersebut nama ramai sgt.. dan sahabat handal2 belaka.. jika ada salah dan silap harap diampun.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cloth Diapers Baru ...

Impian nak dptkan Cloth Diapers (CD) Baru untuk ahmad zuhairie dah menjadi kenyataan.. order kat sini http://www.mysetbersalin.com/clothdiaper , sy order pada 9/9/09 sy terima brg pada 12/9/09,, cepatkan,, terima kasih kak rahimah (tokey yg jual CD),, excited sggh bila posmen tet..tet..tet..posto..posto.. dah dpt terus bukak.. jeng3.. comel,, sy beli 3 kaler merah membara,, hijau menawan,, dan biru sejuk mata memandang... dpt insert 6 keping , n nappy liner 3 keping..



dah try mmmg save n safe... sbb ianya jerap airkencing pastu x bsh n x kena kulit baby.. pastu boleh basuh pakai balik..boleh ikut saiz punggung baby.. sbb byk button utk kita ejas.. ni gambar2 ahmad zuhairie bersama CD baru nye...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tips merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Arini sy nak kongsikan bagaimana untuk merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya.sy amik dr google search jer..

Saya harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata serba sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.

**Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .

**Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.


**Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.Selain krim , anda juga boleh guna tepung kanji dan di sapu rata ( ini petua orang lama-lama, saya selalu buat masa anak masih kecil )


**Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.


**Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.


**Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.

**Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘ cuti ‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.

**Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.
Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cloth Diapers

salam.. sebut pasal Cloth Diapers ni ( @pun di panggil 'CD') , sy teringin sgt ni nak beli CD ni.. harganya boleh tahan la.. tp boleh menjimatkan wang,, katanyer la sbb boleh basuh dan pakai semula, fungsi dia mcm pakai lampin kain biasa tu,, tp lampin biasa kan cepat bash yg kalu baby kencing boleh tahan lagi sebab ada insert yg bole menyerap air yg agak byk.. tp satu hari nant mama akan belikan jgk utk anak mama ok,, jom kita tgk sikit apadia Cloth Diapers ni..

::: nak pilih yang mana yer:::


Apa dia Cloth Diaper?

Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .

Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.

Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.

Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.

Apa keistimewaannya?

Bayi akan rasa lebih selesa .

Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.

Tidak membahayakan kesihatan bayi.

Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.

Cepat kering bila di cuci

Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.

Mudah di pakai dan di ubah suai

Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Selamat Hari Merdeka.

Merdeka !! Merdeka!! merdeka!!
31 Ogos (-lagu Sudirman )
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

selamat hari merdeka yang ke 52.. semoga negara kita aman makmur sentiasa.amin.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ramadhan

Ahlan wasahlan... ya ramadhan

Ramadhan pertama ku bersama ahmad zuhairie.. tahun lps dia masih dlm perut lagi..sekarang ni bb ku dah pandai berleter la.. popopo,,mamama,,babababa.. bobobo..ayah ja dia xpandai sebut lagi..apa yg dia dok berleter pun xtau.. atok dia kata dok belajar nak bercakap.. mgkin jgk la kot,,air liur jgn dok kata la...basah sedia di baju.. tp kalu sy bukak channel tv iq - setiap pagi pukul 7.30 pg ada crita Cubeez ( cartoon petak2 tu) ,, fuh mata tertumpu ja dekat tv.. syok la kata..tambah pulak iklan Speak It @ Twist It..senyum sorang2 ...

 :::Cubedobedo cubedobedo hoorey:::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

The 2nd winner is...

assalamualaikum suma... igt x aritu ahmad zuhairie ada join contest fotografi comel... ( haha comel jgk bb ku) ahmad zuhairie dpt 2nd la.. alhamdullillah,, dpt byk hadiah.. tgk gambar ni..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

GiGi pertama..

alam,, seperti biasa anak mama yang sorang ni membesar tanpa disedari,, sedar2 dah tumbuh gigi pertama nyer.. hehehe lucu tgk gigi die patutla meleleh ja airliur.. brr.. brr sana.. brr..brr .. sini. sampai basah baju,,, rupanya nak tumbuh gigi.. lps ni jgn dok gigit mama sudah,,, gigit ayah xpa,,hikhikhik.


:::(nanti nak kena ajar gosok gigi pulak):::

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Merangkak jgk akhirnya...

Masuk 7 bulan lebih dah, ahmad Zuhairie dah sepenuhnya boleh merangkak dah.. cepat jgk rasa sayang mama ni merangkak..merata dah dia p melawat ruang tamu, bilik, dapur kalu boleh nak masuk bilik air skali.. huhuhu last kena jgk letak dlm baby walker, kalu dlm bb walker jgn kata la.. lagi laju dia merempit,,sbb kalu x letak abis dia punggah barang.. skarg ni dah padai pungah memunggah dah.. huhu tp terukla mama dia nak kena menyental seluar panjang yg dia pakai tu..kejap ja dah bertukar kaler huhuhu..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cuba nasib..

salam... semalam mama, ayah n ahmad zuhairie p shoping kat supermarket.. p la bahagian baby.. pastu tgk ada contest fotografi comel.. apalagi peluang ade depan mate hehehe.. cubala nasib tgk.. lani ahmad Zuhairie pun dah 6 bulan lebih dah lagipun dah boleh menerap dah.. dah mula duduk sikit2.. kalu biaq tu jatuh jgk la,, leh la nak posing utk photoshoot.. sebenaqnya mama n ayah die yg excited lebih ... punya la dok acan nak bagi die gelak.. last kalih tgk belakang .. haa.. ramai plak stff supermarket tu mai acan skali.. hahaha.. renyih sakan la anak mama ni...kita tgk hasil photoshoot aritu.. zasss!! layan..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Makanan Pejal

khamis aritu , genaplah umur Ahmad Zuhairie 6 bln...Wah dah makin besar anak mama yer... Kejap jer dh 1/2 tahun Ahmad Zuhairie dilahirkan ke dunia nie kan...Tak sabar mama nak bagi anak mama makan bubuq nasi... :)Hurm... kalu hari mama keje tok cah la yg buat bubuq nasi kalu hari cuti mama la yg buatkan, mama rebuskan nasi khas untuk anak mama...Bubur nasi+lobak merah+kentang+isi ayam....Yum..Yum....letak halia n bawang sikit... Sedap nyer...Erk??? Sedap ker? Entah la... Hope anak mama suka lah yer...Dah siap masak, mama blend bg halus (awal2 blend la,, tgkla nant mama tenyeh jer)...Yelah... senang anak mama nak mkn... hehe..nyum... nyum..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Petua menggalakkan anak makan sayur

Petua menggalakkan anak makan sayur

Baru-baru ini ada seorang ibu yang email kepada saya bagaimana nak galakkan anak beliau supaya menyukai sayur.

Kadang-kadang anak kita ni suka makan sayur untuk satu jangkamasa je. Bila dah besar sikit, mereka dah tak nak.

Sebaiknya sayur-sayuran di jadikan hidangan harian dalam menu kita. Satu petua mudah untuk menggalakkan bayi makan sayur ialah dengan mencantikkan hidangan sayur yang kita masak.

Contohnya bila kita goreng sayur, gunakan sayuran berwarna yang menarik perhatian mereka. Reka sayur tersebut supaya menjadi corak kartun seperti corak binatang dan susun dalam pinggan. Potong sayur dalam bentuk yang menarik.

Sayur yang mempunyai warna yang terang seperti lobak merah, broccoli memang sangat menarik. Broccoli boleh di rebus dan di hias seperti bentuk kartun di dalam pinggan.

Sedikit kreativiti mampu merangsang anak untuk memilih sayur wewaktu hidangan.

Selamat mencuba!

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Opps!! 5 Bulan sudah!!!



Assalamualaikum... opps!! 5 bulan sudah!!! kejap ja kan,, bb ku pun dah meniarap... x sabar nak tgk dia merangkak pulak.. punggung pun dah tertonggeng2 dah .. tgh try,, rambut pun dah panjang n tercacak.. baru-baru ni ayahnya hadiahkan,, kereta .. kecik2 dah dpt kereta (baby walker)... ye ye ye!! nak nek kereta... yeehaaa

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Shicida Method

4 Bulan sdh pun masuk... mama ahmad zuhairie dah belikan buku-buku utk 1st learning time .. mmg ada daya tarikan dekat buku2 tu,, sy tunjukkan sambil sebut kuat2 pastu ulang.. ulang dan ulang lagi... mmg berkesan cara shicida method ni..haha..insyaallah mama akan cuba ikut cara-cara ni.


Ini info serba sedikit pasal Shicida Method:(sumber Google search)

BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :

1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.

2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .

3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.

4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.

5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .

6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.

Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – " Tolong senyap Along " berbanding " Along Jangan
bising

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Senyuman itu sedekah..



Senyuman itu sedekah... masa ni mama tgk anak mama ni tembam,, cukup mkn betol.. baru umur 3 bulan lebih,, tapi dah pandai senyum kalu tgk org,,

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Recent Posts