Good Bye 2009 Hello 2010
~LOVE FINDING TAG~
Salam..
Ku baru menengoknye... aku kena tag ( sowie wirda x perasan lame x bukak blog nih).. Love Finding Tag nak korek rahsia la tu..oleh Siti Wirda Abdul Rashid - x-classmate masa kat barakbah... (masa mude2 dulu kala)
apa ku nak crita ye.. malu2 kucing pun ada.. hikhik
1) First time jumpa your hubby bila dan kat mana?
- First time jumpa dekat sekolah barakbah tahun 1995 bercintun 1998 , (cinta monyet lakata... org p sekolah belajar bukannya bercinta) tp wirda xtau pasal ni,, sbb rahsia ahaks!!
2) Love at first sight?
- oh tidak! ni kes rekemen kawan baik dia ni, kwn x dpt dia yg dpt..
3) Who is he when the first time you met him?
- firsttime jumpk dia mcm budak2 sekolah len.. nak kata hensem sgt tu xdaklah.. tp manis ada kut.. heheh
4)How long it takes for him to ask you out for a date?
- ish rasanya lps sekolah br kluaq dating kot.. huhuhu x hingat
5) First place dating?
-Dating.. hmm.. dating.. xpasti dating katmane,,, ( sebenaqnya terlupa huhuhu)
6) How he proposed?
- Biasa2 je,, dia tepon seniri ckp dgn mak,, pastu dia pass dekat mak die plak, ckp nak mai masuk minang.. that's all... ahaks.. (ada lagi tp xnak crita la ..maluss)
7) Special date with your hubby?
24.07.82 - besday ku
13.07.81 - besday hubby
09.01.09 - besday zuhairie
28.02.01 - declare cintun
19.08.06 - akad nikah
09.12.06 - kenuri kawin
8) Changes that he asked you to do?
-suh aku berjimat cermat... (sbb kalu shoping selalu lupa diri)
-kecikkan diri (ahaks kerana ku semakin membesar sebagai johan)
9) What is about him that you love so much?
-Ape ye,,,, dia x brape hensem tp manis ada..dia sorang yg pemalu gak la,, tp kalu jumpak geng dia x malu plak.. dia pandai pujuk ku bila merajuk chewahh!! Dah pandai jaga anak,, penyayang,, kdg2 suka buat surprise jgk,, ku benar2 cinta padanya..
10) What is about him that you wish he would change?
-suka sepah2 brg, so kena jd seorg yg rajin berkemas..
11) You will lose your mind and crack your head when he..
-p keja @ p mana2.. dan bila kita call xdpt2, sampai berkali2.. sampai hp dia teroff,,,(padahal battery weak) bukan apa risau takut jadi apa2 kat dia… tu syg tandanya,,,
12) You will smile through your eyes for the whole day when he..
-mcm org len jgk.. bg hadiah, tlg jaga anak bila ku nk wat keja rumah.. yang len xmo crita… maluss
13) Complete below sentences, "My love towards my hubby is as big as..
- huhuhu,, nak jwb camna nih… mcm.. lautan api sanggup kurenangi,,, demi cintaku padamu... ( nak termuntah bila berfalsampah) semoga kami berbahagia selamanya..... amin
tamat sudah sesi korek2 rahsia…
kusudahi dgn meng TAG kan ila, wati n farah .. ila dah boleh crita dah,, sbb dah jd puan..
wassalam...
Cuti-Cuti Langkawi..
salam ... sekejap ja dah masuk bulan disember,, dah hampir mencecah umur 1 tahun anak mama ni ... tp x boleh berjalan lagi.. baru-baru ni ahmad zuhairie n family pi bercuti!! horrey.. bercuti di langkawi .. bukan x penah p, cuma bwk tok cah (mak saye) jalan2 kali ni, dia x penah p langkawi lagi.. actually plan dah lama.. sebelum pregnant lagi,, dok tagguh2, tup pregnant terus cansel ja,, pastu beranak plak , nak jalan2 pun sian dekat baby kecik lagi... at last p jgk.. bukan main sonok lagi tok cah ni.. exited sampai terlupa yg dia sakit lutut, muka letih tu ada gak la,, heheh.... x byk gambar p sana, tp boleh la drpada xdak langsg,,, ok layanzz...
p/s : sori ye gambaq kurang cantek..
Demam Vs ...?
salam..
Award??
Eh eh dpt award plak,, mcmn leh dpt award ni.. aku rasa x penah join contest yg bole dpt award pun, hehehe.. award ni diberi oleh cik ayu .. (akan dtg puan ayu) time kasih ye cik ayu.. ( br first time dpt nih) aku pun xtau kriteria apa yg dipilih n diberi award ni. Layak kah blog aku dpt award ni?? Erkkk...
Syawal Dah abis...
Congratulations!!
Ahmad Zuhairie....ElFred..... as Johnson's Baby Of The Year... Congratulations!!
50 Tip Bayi Cemerlang
1-BERTENTANG MATA>>.Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.
3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN>>Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..
7-TUNJUKKAN PERBEZAAN>>Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA>>Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.
17-MAIN CAK-CAK>>Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
26-BUAT MUKA LAWAK>> Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.
Baby Of The Year 2009..
Baby Johnson's (BJ) baru2 ni ada wat contest Baby of the year 2009, BJ tiap2 tahun wat, hadiah nye memang lumayan 1st prize RM15k,, 2nd prize RM8k,, 3rd prize RM 5k , paling koman pun RM 1k x7 consolation prize dan RM200 x 10 utk semifinalist...makbapak mana yg xnak kalu menang,,.. hehehe.. tp ahmad zuhairie x tercalon pun.. mgkin xsempat sampei kot,, sbb terlewat sgt anto penyertaan, submit guna online pun streaymix cam makngot n lembab,,,.. xpe ahmad zuhairie nant kita masuk contest BJ tahun depan pulak...
ni dia result Top 20 Semi Finalist... ( result Grand final nanti ye)
::: All Baby Is Cute:::
***agak2 menang kat baby yang mane ye?
Gi Jalan-Jalan nek ketapi..
raya ke 5 aritu sempat gi p jalan-jalan kat zoo taiping bwk si kecik tu.. alahai punyala best ( mama & ayah dia yg teruja ) sbb dpt nek ketapi .. hohoho x penah nek ketapi... nak jalan-jalan kat dlm tuh penat gak la.. kat dlm zoo tu kan luas jugak kalu pusing pun x abis punya.... nek ketapi pun pusing punya pusing punya pusing rupanya sejauh 2.5km jgk tau,, huhuhu igt dekat.. kalu jalan kaki ni leh kematu tapak kaki ni,,, dah la panas... org punyala ramai...tp okla.. tiket masuk pun
Hari Raya Pertama
Burung Kakak Tua....
Burung Kakak Tua... hinggap di jendela... nenek sudah tua.. giginya tinggal dua....
kalu suap nasi tu kena hati2 la.. skrg dah pandai tokak tgn org, segala benda yg ada depan mata dia mesti dia nak tokak jgk...
** 'Tokak' Maksudnye menggigit sesuatu (tah aku pun xtau ikut org sebut ja)
hmm.. esok dah raya.. yeyeye tahun ini dpt beraya dgn ahmad zuhairie.. arini last utk post entry sebelum raya...rasa lenmcm sikit la raya tahun ni,, yelah dulu berdua je,, skrg dah bertiga, risau jgk nk bwk sikecik ni jalan2 jauh,, almaklumlah Gejala H1N1 ni x abis2 lagi.. kena waspada jugak , kedengaran jgk H1N1 ni nak jadi peringkat yang lebih xtreme, lebih mantop dan melebihkan kesengsaraan org.. dah la 2mggu lps ada wife sorang staff kat opis meninggal disahkan kena H1N1... eee.. H1N1 semakin dekat.. semakin hampir ni...
"Ya Allah,, Ya Tuhan ku,, Jauhilah Seluruh Keluarga Ku Daripada Penyakit H1N1.. Amin.."
......sELAMAT hARI rAYA aIDILFITRI mAAF zAHIR dAN bATIN......
Balik Kampung...
Balik Kampung?? hmm...nak balik kampung mana ye?Johor, pahang,perak... sy mmg duk kat kampung dah, x balik mana dah, ayahnyer pun dekat bangat kampung sebelah jer.. heheh.. .. tp kengkwn len mesti ada gak yg balik kg untuk beraye..apapun sy nak nasihatkan supaya berhati-hati memandu dijalan raya, tidur cukup sebelum perjalanan, kalu mengantuk berhenti dulu rehat, yelah, xmau la dgq lagi cerita2 xciden sana sini,, ngeri tau.. ha td dengar kat radio lagu ni, sy tuju khas utk sesapa yg balik kampung....
Lirik Balik Kampung - Sudirman
Perjalanan jauh tak ku rasa
Kerna hati ku melonjak sama
Ingin berjumpa sanak saudara
Yang selalu bermain di mata
Nun menghijau gunung ladang dan rimba
Langit nan tinggi bertambah birunya
Deru angin turut sama berlagu
Semuanya bagaikan turut gembira
Balik kampung oh oh...( 3X )
Hati girang
Ho ho... Balik kampung (3X)
Hati girang
Terbayang wajah-wajah yang ku sayang
Satu-satu tersemat di kalbu
Pasti terubat rindu di hati
Menyambut kepulangan ku nanti
(ulang semula *** kalu nak ulang2 sampai rumah pun xpa)
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Cloth Diapers Baru ...
Impian nak dptkan Cloth Diapers (CD) Baru untuk ahmad zuhairie dah menjadi kenyataan.. order kat sini http://www.mysetbersalin.com/clothdiaper , sy order pada 9/9/09 sy terima brg pada 12/9/09,, cepatkan,, terima kasih kak rahimah (tokey yg jual CD),, excited sggh bila posmen tet..tet..tet..posto..posto.. dah dpt terus bukak.. jeng3.. comel,, sy beli 3 kaler merah membara,, hijau menawan,, dan biru sejuk mata memandang... dpt insert 6 keping , n nappy liner 3 keping..
dah try mmmg save n safe... sbb ianya jerap airkencing pastu x bsh n x kena kulit baby.. pastu boleh basuh pakai balik..boleh ikut saiz punggung baby.. sbb byk button utk kita ejas.. ni gambar2 ahmad zuhairie bersama CD baru nye...
Tips merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,
Arini sy nak kongsikan bagaimana untuk merawat masalah ruam lampin ni dan cara mencegahnya.sy amik dr google search jer..
Saya harap tips-tips ni dapat membantu ibu-ibu terutama sekali yang bakal menimang cahaya mata serba sedikit pengetahuan tentang cara merawat bayi mereka nanti.
**Basuh punggung dan kawasan sekitar lampin setiap kali anda menukar lampin pada bayi atau anak anda. Jangan tukar lampin tanpa membersihkannya kerana sisa air kencing boleh menyebabkan kulit bayi bertindak balas dengan ammonia yang terkandung dalam air kencing .
**Lap dengan kering atau anginkan terlebih dahulu. Senang cerita, biar je baby tu bogel sekejap untuk pengudaraan. Jangan terus pakai lampin dengan keadaan lembap untuk mengelakkan masalah lain seperti kulat.
**Sapu krim atau losyen seperti zink oksid dengan nipis ke seluruh kulit yang terkena ruam.Selain krim , anda juga boleh guna tepung kanji dan di sapu rata ( ini petua orang lama-lama, saya selalu buat masa anak masih kecil )
**Jangan campurkan baju, seluar, napkin atau apa saja pakaian bayi dengan orang dewasa.
**Jangan campur dengan sabun yang kuat kuasa pencucinya kerana kulit bayi sensitif dan di takuti berlaku alahan yang lebih teruk. Guna sabun pencuci khas untuk lampin atau pakaian bayi.
**Jangan guna pelembut kain atau softener walaupun kita bau wangi dan kain menjadi lembut.
**Jika menggunakan lampin pakai buang, ‘ cuti ‘ seketika dan bertukar pada lampin kain.
**Tukar lampin sekerap yang boleh untuk kebersihan dan kesihatan bayi.
Begitulah lebih kurang cara merawat ruam. Ruam yang terjadi juga anda patut perhatikan kerana ia boleh bertukar menjadi kulat dan lebih susah untuk di ubati jika di biarkan melarat.
Cloth Diapers
salam.. sebut pasal Cloth Diapers ni ( @pun di panggil 'CD') , sy teringin sgt ni nak beli CD ni.. harganya boleh tahan la.. tp boleh menjimatkan wang,, katanyer la sbb boleh basuh dan pakai semula, fungsi dia mcm pakai lampin kain biasa tu,, tp lampin biasa kan cepat bash yg kalu baby kencing boleh tahan lagi sebab ada insert yg bole menyerap air yg agak byk.. tp satu hari nant mama akan belikan jgk utk anak mama ok,, jom kita tgk sikit apadia Cloth Diapers ni..
Apa dia Cloth Diaper?
Cloth diaper merupakan lampin kain rekabentuk moden yang amat selesa untuk bayi dan mesra pada kulit . Ia sesuai untuk di gunakan dari umur bayi 3 bulan sehingga 3 tahun dan boleh di cuci . Bahagian luar cloth diaper di lapisi dengan sejenis kain khas iaitu polyurethane Laminate ( PUL ) yang kalis air supaya ia tidak mudah bocor .
Lapisan dalam cloth diaper ini di jahit dengan poket khas untuk memudahkan anda memasukkan pelapik khas ( insert ) yang mampu menyerap air kencing bayi sehingga 3 hingga 4 jam penggunaan.
Setiap helai cloth diaper di bekalkan sekali dengan pelapik khas ( insert ) yang di perbuat dari micro fiber yang tinggi daya serapan dan mudah di bersihkan. Cloth diaper ini boleh di cuci dengan tangan atau mesin basuh untuk membantu kerja-kerja pencucian yang lebih praktikal.
Kesimpulannya lampin kain moden ini tidak mengandungi bahan kimia yang boleh mengancam kesihatan bayi anda.
Apa keistimewaannya?
Bayi akan rasa lebih selesa .
Oleh kerana lapisan dalam cloth diaper ini di lapik dengan sejenis kain kapas khas bayi rasa lebih selesa dan kering. Ini berbeza dengan dengan lampin pakai buang yang di perbuat dari bahan sintetik yang mengakibatkan rasa panas , tiada pengudaraan dan merengsa kulit.
Tidak membahayakan kesihatan bayi.
Oleh kerana cloth diaper ini di perbuat dari kain, kesihatan bayi anda lebih terjamin kerana lampin kain ini tidak mengandungi bahan kimia .Lampin pakai buang di perbuat dari pulpa( kertas ) yang menghasilkan bahan kimia dan boleh mengancam kesihatan dan nyawa bayi.
Cepat kering bila di cuci
Anda tak perlu risau setiap kali anda mencuci lampin kain ini kerana ia mudah kering dan boleh di pakai semula dalam masa 2 jam. Lampin kain ini juga tidak memerlukan pencahayaaan yang berlebihan untuk proses pengeringan.
Mudah di pakai dan di ubah suai
Lampin kain ini mudah di ubahsuai mengikut umur bayi kerana ia di jahit bersekali dengan butang . Hanya lekatkan butang dan ubah lampin dari saiz S , M dan L mengikut usia bayi anda. Kesemuanya hanya dengan sehelai lampin kain. Seronokkan ?
Selamat Hari Merdeka.
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
selamat hari merdeka yang ke 52.. semoga negara kita aman makmur sentiasa.amin.
Ramadhan
Ahlan wasahlan... ya ramadhan
Ramadhan pertama ku bersama ahmad zuhairie.. tahun lps dia masih dlm perut lagi..sekarang ni bb ku dah pandai berleter la.. popopo,,mamama,,babababa.. bobobo..ayah ja dia xpandai sebut lagi..apa yg dia dok berleter pun xtau.. atok dia kata dok belajar nak bercakap.. mgkin jgk la kot,,air liur jgn dok kata la...basah sedia di baju.. tp kalu sy bukak channel tv iq - setiap pagi pukul 7.30 pg ada crita Cubeez ( cartoon petak2 tu) ,, fuh mata tertumpu ja dekat tv.. syok la kata..tambah pulak iklan Speak It @ Twist It..senyum sorang2 ...
The 2nd winner is...
assalamualaikum suma... igt x aritu ahmad zuhairie ada join contest fotografi comel... ( haha comel jgk bb ku) ahmad zuhairie dpt 2nd la.. alhamdullillah,, dpt byk hadiah.. tgk gambar ni..
GiGi pertama..
alam,, seperti biasa anak mama yang sorang ni membesar tanpa disedari,, sedar2 dah tumbuh gigi pertama nyer.. hehehe lucu tgk gigi die patutla meleleh ja airliur.. brr.. brr sana.. brr..brr .. sini. sampai basah baju,,, rupanya nak tumbuh gigi.. lps ni jgn dok gigit mama sudah,,, gigit ayah xpa,,hikhikhik.
:::(nanti nak kena ajar gosok gigi pulak):::
Merangkak jgk akhirnya...
Masuk 7 bulan lebih dah, ahmad Zuhairie dah sepenuhnya boleh merangkak dah.. cepat jgk rasa sayang mama ni merangkak..merata dah dia p melawat ruang tamu, bilik, dapur kalu boleh nak masuk bilik air skali.. huhuhu last kena jgk letak dlm baby walker, kalu dlm bb walker jgn kata la.. lagi laju dia merempit,,sbb kalu x letak abis dia punggah barang.. skarg ni dah padai pungah memunggah dah.. huhu tp terukla mama dia nak kena menyental seluar panjang yg dia pakai tu..kejap ja dah bertukar kaler huhuhu..
Cuba nasib..
salam... semalam mama, ayah n ahmad zuhairie p shoping kat supermarket.. p la bahagian baby.. pastu tgk ada contest fotografi comel.. apalagi peluang ade depan mate hehehe.. cubala nasib tgk.. lani ahmad Zuhairie pun dah 6 bulan lebih dah lagipun dah boleh menerap dah.. dah mula duduk sikit2.. kalu biaq tu jatuh jgk la,, leh la nak posing utk photoshoot.. sebenaqnya mama n ayah die yg excited lebih ... punya la dok acan nak bagi die gelak.. last kalih tgk belakang .. haa.. ramai plak stff supermarket tu mai acan skali.. hahaha.. renyih sakan la anak mama ni...kita tgk hasil photoshoot aritu.. zasss!! layan..
Makanan Pejal
Petua menggalakkan anak makan sayur
Petua menggalakkan anak makan sayur
Baru-baru ini ada seorang ibu yang email kepada saya bagaimana nak galakkan anak beliau supaya menyukai sayur.
Kadang-kadang anak kita ni suka makan sayur untuk satu jangkamasa je. Bila dah besar sikit, mereka dah tak nak.
Sebaiknya sayur-sayuran di jadikan hidangan harian dalam menu kita. Satu petua mudah untuk menggalakkan bayi makan sayur ialah dengan mencantikkan hidangan sayur yang kita masak.
Contohnya bila kita goreng sayur, gunakan sayuran berwarna yang menarik perhatian mereka. Reka sayur tersebut supaya menjadi corak kartun seperti corak binatang dan susun dalam pinggan. Potong sayur dalam bentuk yang menarik.
Sayur yang mempunyai warna yang terang seperti lobak merah, broccoli memang sangat menarik. Broccoli boleh di rebus dan di hias seperti bentuk kartun di dalam pinggan.
Sedikit kreativiti mampu merangsang anak untuk memilih sayur wewaktu hidangan.
Selamat mencuba!
Opps!! 5 Bulan sudah!!!
Assalamualaikum... opps!! 5 bulan sudah!!! kejap ja kan,, bb ku pun dah meniarap... x sabar nak tgk dia merangkak pulak.. punggung pun dah tertonggeng2 dah .. tgh try,, rambut pun dah panjang n tercacak.. baru-baru ni ayahnya hadiahkan,, kereta .. kecik2 dah dpt kereta (baby walker)... ye ye ye!! nak nek kereta... yeehaaa
Shicida Method
4 Bulan sdh pun masuk... mama ahmad zuhairie dah belikan buku-buku utk 1st learning time .. mmg ada daya tarikan dekat buku2 tu,, sy tunjukkan sambil sebut kuat2 pastu ulang.. ulang dan ulang lagi... mmg berkesan cara shicida method ni..haha..insyaallah mama akan cuba ikut cara-cara ni.
Ini info serba sedikit pasal Shicida Method:(sumber Google search)
BANYAK cara untuk mendidik personaliti anak-anak. Ada menggunakan pelbagai kaedah dan pendekatan semata-mata mahu memberikan yang terbaik buat anak-anak.Salah satu teknik yang mula di pratikkan di Malaysia ialah SHICIDA METHODS , iaitu kaedah mendidik anak-anak berfikir menggunakan otak kanan yang diajar oleh orang Jepun.Ini kerana otak sebelah kanan lebih efektif berbanding otak kiri tetapi ia perlu dipraktikkan dengan lebih kerap untuk mengaktifkan penggunaannya. Kelas SHICIDA METHODS ada ditawarkan di sesetengah tempat disini,namun kosnya agak mahal berbanding kelas-kelas lain,malah tidak ramai ibu bapa khususnya orang Melayu mampu menghantar anak-anak mereka ke kelas sebegini.Disini disertakan serba sedikit kaedah SHICIDA METHODS untuk dipraktikkan oleh ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.Kaedah ini boleh Nampak kesannya dalam masa seminggu ia di pratikkan,namun bergantung kepada kebolehan dan keupayaan otak anak-anak anda menerimanya :
1) Sewaktu anak hendak tidur atau tidur-tidur ayam,cakap padanya dengan sepenuh hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia,dia budak baik,dia anak soleh,dia budak kuat,dia budak pandai dan sebagainya sebab sewaktu tidur-tidur ayam itulah otak kanannya sedang bekerja manakala otak kiri sudah tidur.Tapi kena buat dengan seikhlas hati sebab kalau dalam keadaan marah,ia tidak menjadi.Kalau mereka sudah tidur,cuba ramas-ramas jari atau tangan dia atau picit-picitkan badannya supaya dia kembali dalam keadaan tidur-tidur ayam.Cuba pratikkan pada anak anda khususnya bagi mereka yang liat bangun pagi.Insya-Allah menjadi.
2) Mula guna kad untuk ajar anak anda.Ada peserta yang ajar ABC-Z guna kad dalam masa seminggu sahaja,lepas tu mereka sudah kenal semua huruf dan boleh eja perkataan yang pendek-pendek. Buat atau beli kad banyak-banyak dan tunjuk pada mereka cepat-cepat seperti a…..b….c….d . Insya-Allah mereka cepat tangkap sebab bila kita tunjuk laju-laju otak kanan dia akan bekerja keras untuk tangkap apa benda yang ditunjuk.Boleh juga buat atau beli kad 1,2,3 atau gambar-gambar tertentu .
3) Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan,jadi cuba ajar anak anda main tanah liat,main cat air ( water colour ) ,melukis,gunting kertas,origami dan sebagainya.Memang agak leceh dan kena kemas semula,tapi untuk kebaikan anak-anak apa salahnya berkorban sikit.Satu lagi cuba lukis gambar,contohnya rama-rama,tapi hanya sebelah badannya sahaja dan suruh anak-anak sambung lukis ikut apa yang anda lukis dibahagian satu lagi.Ini pun dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.Tahukah anda kenapa orang Cina dan Jepun kebanyakkannya pandai-pandai ? Ini kerana mereka makan menggunakan kayu penyepit.Kayu penyepit mengaktifkan kerja tangan sekaligus membantu menggerakkan otak kanan.
4) Jangan marah-marah atau tengking anak sebab mereka boleh simpan semuanya dalam otak kiri.Kalau tanpa sengaja marah atau menengking mereka,kembali semula ke cara pertama dan minta maaf pada mereka dengan ikhlas.
5) Cuba bina daya imaginasi mereka dengan cara bercerita dan kemudian suruh mereka menyambung semula cerita tersebut.Walaupun cerita itu merapu pun tidak mengapa asalkan mereka punya inisiatif untuk berimaginasi .
6) Main teka-teki dengan mereka. Letakkan satu barang dalam kotak dan kemudian suruh mereka teka apakah barang tersebut.Untuk permulaan,berikan mereka pilihan untuk menggambarkan jenis barang dalam kotak terbabit seperti memberitahu warna,bunyi dan sebagainya.Lama- kelamaan mereka boleh bangunkan deria keenam ( Sixth Sense ) dengan menumpukan perhatian kepada benda yang berada dalam kotak terbabit.Ini semua adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Tapi ingat semua permainan yang hendak dilakukan itu hanya boleh dilakukan selama setengah jam sehari.Tidak perlu lama-lama kerana ia boleh menimbulkan rasa bosan.
Sebelum lakukan semua kaedah ini,pastikan anda mempunyai masa yang benar-benar cukup.Pendekatan ini memerlukan keikhlasan dan kesunggguhan. Dalam Islam sendiri pun menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak-anak ketika mereka mahu tidur kerana pada ketika itulah di antara waktu-waktu doa dimakbulkan. Seorang Kaunselor juga memberitahu, jangan suka menyebut JANGAN pada anak-anak kerana apa yang kita sebut itulah yang mereka ikut .Cuba ganti perkataan JANGAN dengan perkataan lain untuk menyampaikan maksud anda,misalnya – " Tolong senyap Along " berbanding " Along Jangan
bising